Cookiddos HQ: Gula perang vs gula tebu organik
Apa bezanya? Nampak macam sama je..
Dari segi rupa memang nampak sama, tapi sebenarnya gula perang telah melalui pemprosesan (refined) secara kimia yang sama seperti gula putih, yang mana segala zat mineral, vitamin, protein serta kandungan yang berfaedah telah terbuang daripada air tebu. Kemudian ia dicampur semula dengan sedikit molasses menjadikannya berwarna perang.
Gula tebu organik pula adalah daripada perahan jus tebu yang dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu(molasses) tak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia masih mengandungi zat mineral, vitamin dan protein yang terkandung di dalam air tebu.
Dari segi teksturnya, gula tebu organik berbentuk kristal agak kasar besar manakala gula perang halus2 aja.
Gula tebu organik berwarna lebih terang, dan gula perang lebih gelap.
Yang pastinya, gula tebu organik berharga 3x ganda lebih mahal daripada gula putih.
Begitu mahal harga untuk kesihatan kita tapi ia tak semahal apabila kita perlu membayar kos2 rawatan di hospital. Kan?
Jadi, kita mahu pilih yang mana?
Dalam gambar ini, A gula perang dan B gula tebu organik.
Semoga ada manfaatnya buat semua. Apa pun, apabila sudah namanya gula, kita perlu kawal pengambilan dengan lebih berpada-pada.