Nampak sama tapi tak serupa.
Belum tentu yang pandai membaca itu suka membaca.
Dan belum tentu juga yang suka membaca itu pandai membaca.

Tapi, kedua2nya boleh dipupuk, dibaja, dan disemai sehingga keduanya saling melengkapi. ❤

Saya ingin kongsikan beberapa tips yang telah saya gunakan untuk menarik minat anak2 untuk membaca dan boleh membaca seawal usia 2 tahun. InsyaAllah, mungkin boleh dicuba mengikut kesesuaian anak2.

1. Sediakan persekitaran yang sesuai.

Saya sediakan satu sudut yang khusus untuk anak2 bermain dan membaca. Mula2 dulu saya kumpulkan buku2 mengikut kategori, susunan melintang berlapis2.

Tapi apabila buku nipis itu bertindih2, anak2 sukar untuk pilih buku kesukaan mereka.

Jadi saya buatkan rak asing dan susun menghadap tajuk. Jadi, senang nak pilih dan ambil. Sampai kadang2 semua rak kosong! ??

2. Pergi ke kedai buku/perpustakaan

Kadang2 bukan nak beli pun, jalan2 sambil tengok buku yang best2. ??

Di perpustakaan awam ada disediakan ruang khas untuk kanak2, dengan meja kecil dan pondok comel untuk anak2 membaca. Mak ayah pun boleh tumpang dua kaki. ?

3. Belikan bahan bacaan menarik.

Beli buku kesukaan anak2. Jika anak jenis animal lover, belikan buku2 tentang haiwan.

Gunakan buku cerita BERGAMBAR dan BERWARNA, BERTULISAN BESAR dengan SUKUKATA BERWARNA.

Buku yang menggunakan perkataan yang berulang2 di setiap mukasurat sangat membantu anak2 mengingat perkataan.

 

4. Bacakan buku cerita.

Ia boleh berlaku pada bila2 masa yang sesuai, atau masa sebelum tidur. Bacakan buku cerita sambil kita tunjuk pada tulisan perkataan demi perkataan.

Kalau perlu, minta anak sebut perkataan tersebut satu per satu dan ulang hingga lancar.

Tak perlu lama, dalam 10-15 minit pun dah mencukupi. Kadang2 slot membaca jadi lama, sebab anak2 teruja dengan cerita dalam buku. Teruskan aja.. ?

4. Gunakan flash card atau kad imbas.

Kad imbas membantu merangsang memori untuk menangkap perkataan dengan cepat.

Anak yang kinestetik dan visual sangat sesuai dengan kaedah ini, belajar sambil bermain, tapi dengan cara permainan yang berbeza. ?

5. Buku dan kad imbas di mana2.

Ada di dapur, di bilik, di ruang tamu, di dalam handbag, di poket kereta. Sambil memasak boleh ajarkan vocab baru. Sambil tunggu trafik light, boleh tunjuk 2-3 kad imbas.

Kadang2 perjalanan lama dalam kereta, anak2 pun cepat bosan. Bila ada buku cerita, boleh gunakan masa dengan sebaiknya. ?

6. Anak sulung trendsetter.

Perasan tak, kadang2 kita taknak ajar pun si adik. Kita fokus mengajar si abang. Tapi dah adik ada sekali, adik belajar sekali, dan adik lebih cepat kuasai. Raikan. ?

Teruskan mengajar yang sulung. Yang Adik akan merasa dia juga perlu boleh membaca macam abang. Jadi, proses seterusnya akan lebih mudah.

7. Kenali potensi anak

Apabila kita kerap beraktiviti bersama anak2, kita akan tahu di mana kekuatan dan kelemahan anak2. Gilap kekuatan dan bantu kelemahan.

Membaca tak perlu dipaksa. Ia akan berlaku secara semulajadi. Perkembangan dan penerimaan setiap anak berbeza. Raikan perbezaan. Jika anak2 belum boleh kuasai bacaan, teruskan sesi membaca bersama2. ?

Macam Fateh dan Amin dua karakter yang berbeza, cara yang berbeza. Apabila Fateh (abang) nampak Amin dah lancar membaca, dia juga berusaha untuk baca dengan lancar.

8. Rajin menjawab pertanyaan.

Di awal2 fasa membaca, anak2 akan lebih banyak bertanya apa yang dilihat dalam buku. Itu apa. Ini apa. Ia akan jadi vocab baru untuk mereka. Kita perlu rajin menjawab, kerana ini yang akan dikeluarkan apabila anak boleh bercakap nanti.

9. Kuncinya Kita

KITA yang perlu RAJIN.
RAJIN meluangkan masa..
RAJIN membacakan buku cerita..
RAJIN menjawab apabila ditanya..
KITA lah si penglipurlara..

Masa kecil anak2 kita tak lama, jadi waktu ini lah kita gunakan sebaiknya. ??

10. Doa

Doa pada Allah supaya anak2 dipermudahkan untuk menerima ilmu, dalam apa jua keadaan. InsyaAllah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. ❤

#TipsMembaca
#BukuKanak2