Anakanda inilah..
Yang sewaktu kecilnya sangat addicted kepada nursery rhymes di youtube.
Anakanda inilah..
Yang sewaktu kecilnya sangat yakin diri, semuanya mahu diurus sendiri.
Anakanda inilah..
Yang pernah saya terfikir dan suarakan..
” Amin ni macam lambat sikitla mengaji, ajak baca iqra’ pun taknak.. asik tengok abc youtube je”
Adakah saya telah mencuba sehabis baik?
Astaghfirullahal’aziim.
Anakanda inilah..
Yang diusianya 3 tahun 3 bulan, telah menghabiskan keseluruhan 37 surah dalam juzuk amma.
Alhamdulillah.
Semuanya diluar perancangan.
Hakikatnya ia adalah perancangan Tuhan Yang Maha Hebat untuk menegur si ummi yang jahil.
Siapalah kita untuk menghakimi si anak.
Tugas kita adalah untuk mendidik sehabis baik.
Tak perlu menghakim.
Tak perlu membanding.
Setiap anak punya karakter berbeza.
Cara A sesuai untuk si abang..
Tak semestinya cara A sesuai untuk si adik.
Semoga Allah pimpin kita untuk tetap istiqamah dalam mendidik anak2 mengenal kalamNya.
#JomNgaji
#JomHafaz
#Tazkirahdiri