Sepanjang minggu ni banyak berkisar tentang pisang. Weekend lepas waffle pisang.
Kudap2 petang pun dengan pisang dan nenas. ??

Dulu makan pisang sekadar makan.
Sekarang rasa bangga bila dapat makan pisang.
Kenapa?


Buah pisang ada disebut dalam alquran! ?
MasyaAllah, bangganya dapat makan pisang! ??

“dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya.” (Al-waqiah : 29)

Buah pisang tinggi kalium, beri tenaga lebih panjang.
Buah pisang juga dapat merangsang hormon tenang, mengurangkan stress sepanjang hari. ?

Ni ummi buat pula kek pisang walnut. ??
Buat santapan cikgu2 di sekolah anakanda Al Fateh.
Walnut beri mood ceria dan kurangkan stress.
Semoga cikgu sentiasa
cergas dan ceria dalam mendidik dan mengurus anak2 di sekolah. ❤?

Subhanallah.
Semua yang Allah ciptakan tak sia-sia.
Nikmat mana lagi yang kita mahu dustakan?

Ibu2 ada yang nak cuba kek pisang walnut? ?
Kalau nak, nanti ummi share resepinya.. ?❤

Liza Zuriani
Dari hati ummi ❤

Tag:

#Resepi
#Kek
#KekPisangWalnut
#Tadabbur