Kek epal di dunia tetap takkan sama dengan kek epal dari syurga. Entah macam mana sedapnya yang berganda-ganda tu.

Teringatkan kek epal, ummi jadikan menu ini untuk kelas baking anak-anak. Agak renyah dan mencabar sedikit, tapi banyak kemahiran yang dipelajari seperti kemahiran memotong mentega, memecahkan telur, menimbang, dan menuang adunan ke dalam cup.

Kelas baking kali ini juga agak mencabar dengan boboiboy kuasa lima, saling menjerit bersahut-sahutan dan berkejar-kejaran. Haha. Masing2 dapat geng, tenggelam suara ummi yang comel ni, kikiki.

Sementara menunggu muffin dibakar, anak-anak membuat eksperimen tekanan air, belon berudara, dan tekanan udara (tiada dalam video). Masing2 teruja!

Part yang paling best sekali mestilah waktu muffin siap dibakar, dan siap untuk menjamu selera air tangan sendiri!

Selesai makan, anak2 belajar hadis pendek berkaitan adab makan yang mudah dihafal untuk aplikasi seharian.

Alhamdulillah, selesai untuk sesi kali ini. Anak2 seronok, ummi lagi seronok. Terima kasih Teh Faridah Nazari Nazari, Fitri Amir dan Maklong Azura Delisha, sudi joinkan anak2 untuk aktiviti ini. ?❤

Ummi Liza,
Suka baking dengan anak2 ❤