“ummi, malam ni ummi nak cerita pasal apa? Ummi cerita strategi perang Salahuddin lah. Semalam ummi janji nak cerita.” Fateh menjawab soalannya sendiri.

Setiap malam anak-anak akan sentiasa ternanti-nanti cerita Sang Penglipurlara. Ummi lah tu. Heh.

Walaupun kadang-kadang terselit juga kisah Arnab dan Kura-Kura, Anjing dan Bayang-Bayang atau Kisah Ali dan kawan-kawannya. Selagi ada manfaatnya, jalaann.

Buku setebal 256 mukasurat ini ummi baca mengikut bab, dan ceritakan semula mengikut plot-plot yang sesuai untuk anak-anak. Sebab tu ia mengambil masa berhari-hari sehingga sampai ke kemuncak penaklukan Baitul Maqdis. Setiap hari adalah hari yang mengujakan!

“Di medan perang, Salahuddin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah.”

Satu persamaan yang tampak jelas antara penakluk Jerusalem dan penakluk Kostantinopel, mereka sentiasa meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah yang Maha Membantu.

Kita mahukan KEKUATAN. DOA.
Kita mahukan keberanian. DOA.
Kita mahukan bantuan. DOA.
Kita mahukan kemenangan. DOA.

DOA adalah senjata orang-orang mukmin.
Tentera islam kuat. Tentera salib juga kuat.
Tentera islam beragama. Tentera salib juga beragama.
Yang membezakan adalah IMAN.

Mereka juga sentiasa mencontohi Rasulullah saw dalam setiap tindakan, terutamanya dalam memutuskan strategi-strategi peperangan. Setiap strategi peperangan yang ditiru daripada strategi Rasulullah saw pasti beroleh kemenangan.

Kisah pahlawan-pahlawan islam ini sedikit sebanyak menyuntik semangat membara dalam jiwa anak-anak. Mungkin. Terutamanya si abang.

Cita-cita yang dahulunya ingin menjadi juruterbang kemudian beralih untuk menjadi tentera dan tidak berubah sehingga ke hari ini.

“dulu abang kata nak jadi pilot kan, boleh bawak kapal terbang.” Ummi cuba menguji.

“betul la tu, abang nak jadi askar yang bawak jet lepastu boleh bertukar jadi robot.” Hm. Bolehlaa..Haha. Macam kartun.

Tak mustahil impian itu menjadi nyata dengan izin Allah. Apapun yang diimpikan, sandarkan cita-cita untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah ia akan menjadi ladang pahala buat bekalan menuju ke syurga.

#bedtimestory
#kiddosjourney