“ummi, tak sejuk pun.. Tak keluar asap kat mulut pun..”. Fateh meluahkan rasa kecewanya.
Sebelum tu, ummi dah mencanangkan keseronokan di Cameron Highland. Pemandangan yang cantik dengan kebun-kebun strawberry dan ladang-ladang teh di lereng bukit. Cuaca yang sejuk sehingga keluar kepulan asap apabila bercakap. Heh!
Serius! 20 tahun lalu kesejukan di Cameron sehingga menggigit tulang. Walaupun cuaca panas tetapi udaranya tetap sejuk. Mungkin kesan pemanasan global, suhu semakin meningkat sedikit demi sedikit.
Semangat membara mereka untuk memakai jaket ala2 berada di negara musim sejuk tak kesampaian.
“Subhanallah.. Cantiknya pemandangan kat sini ummi!” Kecantikan semulajadi mematikan rasa kecewanya.
Sangat cantik! Itu baru di Malaysia. Belum lagi kita mengembara di negara2 lain. Sebab tu Allah rakamkan dalam Alquran untuk kita mengembara, kerana di situ terdapat banyak tanda2 kebesaran Allah.
Alhamdulillah, Allah beri izin untuk menjejakkan kaki di atas bukit itu. Pada ummi, Cameron Highland bukanlah tempat untuk bergembira semata-mata, bukan juga tempat permainan yang menyeronokkan anak-anak.
Cameron Highland suatu tempat yang menerbitkan rasa kagum, menyuburkan rasa ketuhanan dalam hati anak-anak. Betapa hebatnya ciptaan Allah, dengan pemandangan yang sangat indah di sepanjang lereng bukit dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.
Subhanallah!