Sewaktu usia Amin 2 tahun lebih dahulu, kerapkali dia bertanya..
“Ummi, kenapa ayat ni sama?” (ayat 5 dan 6)
“Ummi, kenapa ayat ni ada dua kali?” (Ayat 5 dan 6)
Ummi cuma jawab seadanya. Kalau ummi terangkan pun, Amin masih belum cukup faham.
Tapi bila Amin dah tanya banyak kali, ummi buka tafsir dan tadabbur isinya, satu persatu.
Hikmahnya, Allah ingin beri pelajaran pada ummi, bukan pada Amin. Soalan Amin hanya asbab.
Tetapkan dengan sepenuh-penuh keyakinan bahawa setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Andainya hidup penuh ujian satu persatu hingga jatuh terduduk, pasti padanya ada hikmah dan pertolongan. Sedih macam mana teruk sekalipun, pasti akhirnya ada gembira. Letakkan Allah dalam hati, pasti dunia akan terasa luas sekali.
Alhamdulillah.
Masih lagi tentang Amin..
Sepanjang minggu ummi
sibuk di ‘office’, ummi pesan pada Amin,
“Amin..lepas mandi, sarapan, lepas tu mengaji ok.. Lepas mengaji Amin main sendiri baik2, ummi nak work”.
Amin menurut seperti yang disuruh. Cumanya semasa bermain tu..
(Agaknya lama sangat tunggu ummi tak habis2 work), dia mendekat.
“ummi..adik nak ngaji ummi”.
Allahuakbar! .. Ummi rasa nak nangiss! Terkilan..sedih pun ada sebab tak dapat luang waktu untuk Amin mengaji.
“Ok Amin.. jom ngaji! Ambik juzuk amma duduk kat kerusi, adik baca..ummi dengar”.
Alhamdulillah.. semoga cahaya Alquran terus meresap dalam hati dan berkekalan hingga ke akhir hayatnya.