Balik sekolah haritu, Fateh cerita ustaz ucap tahniah sebab hafaz Surah AlFajr dengan lancar. Tergambar riak gembira di wajahnya, senyum sampai ke telinga. Di rumah pun masih cerita lagi.
Hari-hari selepas tu, bertambah rajin pula mengaji dan menghafaz. Alhamdulillah. Ummi tambah ayat sikit, “ustaz puji abang sebab abang usaha menghafaz sungguh-sungguh”.
Quran Alhafiz ni ummi beli awalnya untuk mudahkan hafazan anak-anak, belum lagi digunakan. Makanya, ummi hadiahkan pada abang Fateh supaya dia lebih bersemangat untuk menghafaz dan memahami alquran.
Amin nampak. Terus dia bertanya..
“Kenapa ummi tak belikan untuk Amin?”. Dengan suara serak-serak menahan tangis.
Berlaku pula perebutan Quran. Adoila.
“Ada, ada.. Amin punya belum sampai. Acik tengah poskan kat Amin. Nanti dah sampai ummi hadiahkan kat Amin.” Ummi cuba memujuk.
Dan2 ummi order terus dengan ibuNur. Makanya, masing-masing dapat satu Alquran Alhafiz.
Quran ini berwarna, dan mempunyai ringkasan cerita setiap blok berwarna. InsyaAllah, mudah untuk menghafaz dan memahami ayatnya. Paling menarik, ia kecil bersaiz A5, ringan dan mesra travel.
Perasaan memiliki quran sendiri itu berbeza. Lebih rasa sayang, lebih rasa tanggungjawab, lebih rasa semangat untuk mengaji dan menghafaz dengan bersungguh-sungguh.
Semoga quran ini bukan hanya bacaan dimulut, tetapi tersemat dihati, dan terpancar dengan akhlak yang baik. Aamiin.
#JomNgaji
#JomHafaz