Salah satu hasil tangkapan di tanah tinggi Cameron, ubi-ubian yang pelbagai warna dan rasanya.
Sepanjang perjalanan menuruni bukit, banyak gerai menjual ubi-ubian di tepi jalan. Ummi pun borong lah 3 plastik memandangkan stok di rumah pun dah menyusut.
“Tengok ni abang, Amin, kita pun boleh makan makanan sedap dan berwarna-warni. Tapi yang ni lagi hebat, sebab Allah ciptakan khas untuk kita”.
Mulut ummi memang perlu sentiasa bercakap dan mengingatkan anak-anak tentang makanan yang halal, baik dan semulajadi ciptaan Allah.
Anak-anak paling suka ubi keledek berwarna oren, isinya lembut dan manis. Kali ini, ummi bakar sahaja, dengan curahan sedikit minyak zaitun.
#kiddosjourney