Semalam kami ke pasaraya. Anak-anak pun kalut la nak itu ini, lebih-lebih lagi apabila ke bahagian yogurt dan tenusu.

Yang si abang ambil yogurt mangga, si adik pula ambil yogurt strawberry. Adeh!
Ummi pun terpaksalah gunakan kuasa veto. ?

“Kita beli susu segar dan buah-buahan segar, nanti kat rumah kita kisar, lebih berkhasiat.” Muncung juga la anak-anak.

Balik rumah ummi potong dadu dan asingkan mengikut bahagian. Pagi-pagi sebelum ke sekolah, hanya kisarkan 1 bahagian buah, 1 cawan susu segar, ΒΌ cawan air panas dan 2 sudu besar madu.

Kalau nak yogurt buah, gantikan susu segar dengan yogurt greek. Selang-selikan buah setiap hari. Untuk pemanis boleh gunakan madu, stevia atau molas.

Kata Dr. Rizal untuk otak cantik otak cerdik. Kita cubalah mana yang mampu. Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul. ?