[00:36, 5/10/2018] QWH Liza Zuriani: Jumaat lepas, ummi dikehendaki menghadiri temuduga untuk Cookiddos di bawah Pertubuhan Peladang.
Dalam keadaan yang tak berapa sihat, terpaksa juga gagahkan diri ke sana menunggu giliran untuk ditemuduga.
Masuk sahaja ke dalam bilik temuduga, tercengang ahli panel melihat susuk tubuh kecil berjalan menemani ummi. ??
Ummi menjawab suara hati mereka, “Maaf ye Tuan, saya bawa sekali anak kecil saya.”
“Eh, takpe takpe, silakan dia duduk. Ambilkan kerusi untuk anak, bagi rapat sikit.” Serentak mereka menjawab. Masing-masing memberi cadangan apabila melihat Zinnirah menarik-narik baju ummi.
Pada awalnya, ummi nak tinggalkan Zinnirah sebentar bersama jiran, tetapi kebetulan jiran tak sihat jadi ummi nekad membawanya bersama. Mana tahu, ada rezeki anak mengiringi.
Alhamdulillah, sesi temuduga berjalan lancar. Zinnirah pun memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi tersebut. Kadang-kadang kita berlebih-lebih menyangka sesuatu yang belum terjadi.
Bersangka baik dengan Allah, pasti Allah permudahkan. ❤