Semalam Fateh ada latihan taekwando. Kebiasaannya selepas sesi latihan, Fateh akan kelaparan. Tenaga banyak digunakan agaknya. ?
Jadi, selalu lah berfikir-fikir nak buat menu apa untuk santapan anak-anak balik kelas nanti. Cuti-cuti hujung minggu ni lapang sikit ummi nak godek-godek dapur.
Maka, terhasil lah apple blondies. Resepi senang yakmat!. Chewy dan padat macam brownies.
Resepi Apple Blondies
==================
Bahan A
+++++++
3 biji epal hijau
1 sudu besar jus lemon
Bahan B
++++++
1 biji telor
1 cawan molas organik
113g mentega cair
Bahan C
+++++++
½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil serbuk kayu manis Ceylon
1¼ cawan tepung gandum
Cara membuatnya
+++++++++++++++
1. Perahkan jus lemon ke atas epal yang telah dipotong dadu. Gaul sebati dan biarkan seketika.
2. Dalam satu bekas lain, masukkan Bahan B dan kacau sebati. Kemudian masukkan Bahan C.
3. Ambil sedikit tepung dan masukkan ke dalam Bahan A. Salut keseluruhan epal dengan tepung.
4. Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B dan C. Kacau sebati. Adunan yang terhasil agak likat. Jangan risau, memang macam tu. ?
5. Ratakan adunan ke dalam loyang 8×8″ yang telah di salut dengan mentega.
6. Bakar suhu 175c selama 20minit.
Hasilnya, jadilah epal blondies!
Ummi cuma gantikan gula putih dengan molas organik. Dan istimewanya lagi ummi gunakan serbuk kayu manis Ceylon, lebih banyak khasiatnya.
Dari hati ummi,
Lots of Love ❤