Masa mula-mula jumpa resepi ini, saya macam tak percaya!. Dalam hati berkata, “betul ke resepi ini boleh mejadi?”. Tambahan pula ia hanya menggunakan sedikit kanji kentang. Aneh! Tapi oleh sebab caranya mudah dan hanya menggunakan 4 bahan, terpaksalah saya mencubanya dengan rasa teruja.
Tengah malam itu juga saya minta encik suami beli pisang. Mujur kedai runcit di kedai kami ini tutup pada jam 1 pagi. 12.30 tengah malam itu sempatlah beliau merempit ke kedai yang berjarak tidak sampai 1 km.
pisang emas dibawa belayar
Saya suka pilih pisang emas untuk dibuat kek, pancake atau cekodok pisang kerana rasanya yang lebih manis. Jadi penggunaan gula dalam adunan dapat dikurangkan. Tunggu punya tunggu encik suami balik, bila sampai rumah yang dibawanya pisang berangan. Bolehlaaa… janji hadoo.
Pisang Berangan jadi Kaya
Pisang Berangan ini pun tidak kurang juga manisnya. Sedap juga bila dimakan begitu saja. Saiznya agak besar, makanya saya hanya gunakan 3 biji pisang dalam resepi ini.
Resepinya,
4 biji pisang emas (saya guna 3 biji pisang berangan)
5 sudu besar kanji kentang (potato starch)
3 biji telur
secubit garam
Chia seed
Saya kisarkan saja kesemuanya. Mudah dan cepat. Jika anda mahukan rasa ketulan pisang, boleh lenyek-lenyekkan pisang dan gaulkan bersama bahan-bahan lain.
Kemudian, tuang sedikit adunan ke dalam kuali leper mengikut saiz yang kita kehendaki. Bersabarlah menunggu proses menuang satu demi satu sehingga habis adunan menjadi bentuk pancake tanpa gluten.
Perasan tak? Dalam resepi ini tiada langsung kandungan gula! Manis seratus peratus daripada buah pisang. Resepi yang berkhasiat TANPA GLUTEN, TANPA GULA DAN TANPA MINYAK.
Pancake tanpa gluten yang sedap dan gebu!
Siap. Tunggu apa lagi? Jom cuba untuk sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah nanti.
Oh ye, sebelum terlupa, jika anda mencari biskut tanpa gluten dan tanpa gula, Cookiddos Malaysia ada membekalkan biskut sihat dan berkhasiat istimewa untuk anak-anak tersayang. Manis daripada kurma semata-mata. Sesuai juga untuk anak-anak yang mengalami alahan gluten dan telur.
Atau boleh juga sembang tepi dengan Ummi Liza untuk dapatkan maklumat lengkap tentang produk-produk daripada Cookiddos Malaysia.