Pada hari kiamat nanti ahli syurga dan ahli neraka saling bersembang. 

.
Ahli syurga bertanya kepada ahli neraka,
“Apa yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam Neraka Saqar?”

Ahli Neraka menjawab,
“Dulu kami tak menunaikan solat, tak memberi makan kepada orang miskin, membuat perkara-perkara yang batil dan tak mempercayai hari pembalasan.”

Anak-anak pula bertanya,

“ummi neraka saqar tu panas macam neraka jahannam ke?”
“neraka saqar ni besar tak ummi?”

Dan macam-macam lagi pertanyaan tentang neraka. Seramm pula ummi nak cerita.

.

Ini antara potongan ayat di dalam Surah Al Muddatsir, ayat hafazan Fateh di sekolah. Ummi cuba untuk tadabbur bersama-sama setiap kali sesi hafazan selesai, supaya anak-anak bukan sahaja menghafaz tetapi faham akan cerita yang dibacanya.

 

Doa supaya anak-anak diberi kefahaman

“Maka Kami telah memberikan pemahaman kepada Sulaiman tentangnya. Dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu. Dan telah Kami tundukkan gunung-­gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya.”

(QS AI-Anbiya’: 79)

#JomNgaji
#JomHafaz