Pening kan fikir nak buat sarapan pagi-pagi. Saya selalu pelbagaikan resepi pancake, roti telur atau cucur. Kalau tak sempat sangat sarapan dengan buah kurma atau apa-apa buah yang ada.
.
Pagi ni saya buat Pancake Bites Gluten Free. Gantikan susu dengan yogurt plain. Biasanya buat bulat-bulat leper dalam kuali. Kalini cuba buat bentuk muffin letak dalam acuan dan bakarkan ia. Anak-anak ni kalau nampak sesuatu yang pelik sikit memang teruja lah nak makan.
.
Hasilnya MasyaAllah!!
Sangat lembuutt dan gebuuu! Kesan tindakbalas yogurt mungkin. Sesekali ubah resepi dan menjadi dengan jayanya memang sesuatu yang OHSEM!
.
Mak-mak sekalian bolehla cuba, mesti anak-anak suka. Meh tengok resepi senang yang amat! ?
.
10 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung pulut
*Atau 1¼ cawan tepung gluten free
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
¼ sudu kecil cinnamon powder
¼ sudu kecil garam pink
1 biji telur
2 sudu besar madu
1 cawan yogurt plain (saya guna farm fresh)
¼ cawan minyak
Campurkan kesemuanya menggunakan spatula hingga sebati. Kalau nak senang dan cepat, kisarkan aja mereka semuanya. Hihi.
Dah sebati, masukkan dalam tray muffin yang telah digris. Bahan topping boleh dipelbagaikan dengan kranberi ke.. Kurma ke.. Aprikot atau kekacang untuk beri kepelbagaian rasa.
Saya letak coklat chip je, bahan lain dah habis.
.
Bakar 170oC selama 10 minit.
Masa beliau mengembang tu, saya hairan ke mana menghilangnya coklat chip yang banyak-banyak tu. Rupa-rupanya mereka dah tenggelam ke bawah. Hahaha.
Selepas 10 minit, saya tekan dengan jari. Lembut macam belum masak. Kemudian, saya uji pula dengan garfu, dah tak lekat maksudnya dah masak latu.
Bila diangkat keluar, rupa-rupanya lembut bukan sebab tak masak. Tapi memang ia sangat lembut dan gebu. MasyaAllah! ?
.
.
P/s: Jangan lupa #SHARE kan resepi mudah ni supaya mak-mak lain pun boleh cuba.
Boleh follow fb Liza Zuriani untuk lebih perkongsian resepi sihat untuk anak