1. Jadikan rutin.

Sesibuk mana pun kita setiap hari, luangkan sedikit masa untuk menyemak bacaan anak2, dengan membaca beberapa ayat baru dan mengulangkaji ayat2 lama.

Untuk anak2 yang visual, proses ulangkaji perlu dengan buku, mereka perlu lihat sesuatu.
InsyaAllah, mereka sangat mudah untuk kenal, faham dan ingat.

2. Perdengarkan.

Sentiasa perdengarkan bacaan ayat2 hafazan juzuk amma atau surah2 pilihan.

Saya perdengarkan vcd juzuk amma daripada Qari kanak2, Ahmad Thaha dan Ahmad Saud, sepanjang hari. Untuk surah pilihan saya perdengarkan bacaan daripada Syeikh Masyari sepanjang malam.

Ibu2, anak2 yang kinestetik dan audio.. MasyaAllah.. sangat cepat tangkap, serap, dan ingat! Itulah kelebihan mereka.

3. Beraktiviti

Banyak aktiviti yang kita boleh lakukan untuk menguatkan daya ingatan anak2.

Contohnya aktiviti susun dan tampal, bereksperimen, lukis kata kunci setiap ayat, dan sesi tadabbur bersama.

4. Makan makanan yang halalan toyyiba.

Makanan membentuk sikap. Allah mengingatkan supaya kita bukan hanya memakan makanan yang halal, tetapi juga yang baik untuk kesihatan.

Menghafaz menggunakan banyak deria, dan tenaga. Jadi makanan yang dapat memberi banyak tenaga dan menguatkan daya ingatan amat penting seperti kurma, kismis, badam dan beberapa jenis kekacang.

Ini juga sebab utama kenapa Cookiddos lahir. Supaya dengannya dapat memberi manfaat yang banyak untuk anak2. Semoga Allah redha.

 

Liza Zuriani,
Dari hati ummi ❤

Tag:

#TipsMenghafaz
#Mengaji
#Menghafaz