Ummi minta anakanda Al Fateh ulangkaji surah juzuk amma untuk tasmi’ hafazan di sekolah.
Ayat2 di dalam juzuk amma sentiasa berulang2, ummi pun kadang terkonfius. Yang tu masuk surah ni, yang ni masuk surah tu.
Makanya, ummi nak lukis semula turutan cerita..
“Meh sini.. Meh sini! Biar abang yang tulis.” Cepat2 diambil pensil dari tangan ummi.
Sekarang semua nak buat sendiri. Ummi tolong tulis ayat bahasa arabnya sahaja.
Harapnya nota ringkas ni boleh bantu anak-anak mengingat turutan setiap ayat. Untuk ummi juga terutamanya.
#jomhafaz
#ulangkajiattakwir