Ada satu ketika, semasa sedang leka skrol fesbuk, ummi terpandang seorang sahabat syurga berkongsi cara beliau membuat ulangkaji hafazan bersama anak-anak yang telah bersekolah.

Alhamdulillah, Allah bagi ilham untuk ummi laksanakan untuk anak-anak. Ye lah, bila anak dah bersekolah, masa hafazan pun tak menentu.

Bila tak diulangkaji, mereka mudah lupa. Eh, kita pun sama. ?

Jadi, ummi print out senarai surah juzuk 30 dan juzuk 29. Tasmi’ satu persatu setiap hari. Kadang-kadang tak mengikut turutan, pilih mana yang mudah.

Luang sedikit waktu ulangkaji selepas maghrib, disambung sedikit surah bacaan baru. Waktu tasmi’ di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke sekolah. Dapatlah dua ke tiga surah.

Di sekolah Al Fateh ada subjek khas untuk bacaan alquran dan hafazan, jadi untuk surah-surah pendek ummi tinggal bercerita isinya sahaja.

Di sekolah Amin, ummi minta jasa baik cikgu untuk pasangkan video animasi juzuk amma sementara menunggu ummi sampai. Sambil menangis-nangis tunggu ummi tu, boleh pula dia bagitau tengok sampai surah apa. Haha. Semoga Allah balas kebaikan cikgu-cikgu yang membantu hafazan Amin.

Ummi masih jalankan sistem reward. Jika anak-anak meminta sesuatu yang mereka nak sangat, masing-masing perlu membaca satu surah panjang. Ini sebagai satu cara mereka mengulangkaji hafazan secara tak langsung.

Antara kebaikan mengajar anak mengaji, menghafaz, dan mentadabbur.. Kita sendiri akan memaksa diri untuk faham makna setiap ayat.

Dan bonusnya kita sendiri akan terhafal surah tanpa sengaja. MasyaAllah, berganda-ganda manfaat yang Allah beri asbab mengajar anak mengaji.

Cumanya, cabaran terbesar adalah untuk menahan sabar. Sabar dan sabar.