Minggu ni ummi kosongkan jadual ummi supaya dapat luangkan lebih masa dengan anak2. ❤
Supaya setiap aktiviti dapat libatkan anak2 bersama. ???
Biasanya pun boleh, cuma selalu nak buat cepat2, sebab banyak lagi kerja nak buat. ?
Harini kami buat Muffin Oren, yang sarat dengan Vitamin C tu. Asalnya ummi nak letak walnut, untuk hilangkan stress ummi ni haaa.. Tapi anak2 taknak, lekat kat gigi katanya. ?
Bahan A
————-
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam (ummi tak letak)
1/2 cawan gula tebu organik
1 sudu besar parutan kulit oren
Bahan B
————–
1/2 cawan butter dicairkan. (ummi guna minyak)
2/3 cawan jus oren (ummi perah dari buah oren)
2 biji telur
Coklat chip untuk hiasan
Caranya,
1. Campurkan Bahan A dalam satu bekas.
2. Campurkan Bahan B dalam satu bekas lain, dan kacau sebati.
3. Masukkan Bahan B ke dalam campuran Bahan A.
4. Kacau manja2 dengan spatula.
5. Dah sebati, sudukan ke dalam tray muffin.
Bakar suhu 200c, 15 minit.
Siap!
Boleh makan! ??
Alhamdulillah, Allah bagi sedap.
Tak perlu mixer.
Tak perlu penambah perasa, perisa, dan pewarna.
Semuanya semulajadi daripada buah Oren.
MasyaAllah! ❤
Liza Zuriani
Dari hati ummi. ?❤
Tag:
#Muffin
#Resepi
#MuffinOren
#AktivitiAnak2