Seperti yang dijanjikan, ummi nak share resepi penuh khasiat, kek pisang walnut. ?
Untuk kek ni, ummi buat sorang2 tanpa melibatkan anak2. Mereka sedang lena diulit mimpi ?.
Tapi biasanya kek2 atau makanan yang nak disedekahkan memang ummi buat sendiri. Anak2 cuma bantu ambilkan peralatan je, atau mereka buat kerja masing2. ?
Ok, jom tengok resepi..
Bahan A
————
1/2 cawan orcs (ummi guna pisang yang dah masak ranum & sangat manis! Jadi gula pun tak perlu banyak) ?❤
2 biji telur
Bahan B
————-
1/2 cawan minyak sayuran
Bahan C
————-
1 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
Bahan D
————–
3 biji pisang (dilecek dan dibiarkan 2jam)
Separuh cawan kacang walnut (basuh, bakar 5 minit dan potong kasar)
Caranya:
1. Kacau bahan A. Nak guna mixer boleh, nak guna senduk pun boleh. Senang kan? ?
2. Masukkan Bahan B dan kacau sebati.
3. Masukkan Bahan C dan kacau sebati.
4. Masukkan Bahan D.
5. Bakar suhu 180c, 40 minit.
Siap!
Ummi buat 2 adunan. Boleh dapat banyakla sikit. ?❤
Selamat mencuba ibu2 yang rajin ?