Semalam ummi buat sosej 😀
Ini sebabnya Fateh selalu sangat request..
“Ummi.. buatla sosej yang berkhasiat untuk kesihatan.” =)
Haritu ummi beli pisang goreng di tepi jalan, selepas beli makcik hadiahkan seketul sosej kat Amin. Malu2 rimau pun ambik jugakla dia sambil senyum2. Masa beli nasi lemak pun sama, makcik hadiahkan seketul nugget kat Fateh. Alhamdulillah.. semoga bertambah murah rezeki makcik. =)
Tapi dalam kereta ummi tazkirah sikit, bahayanya makanan proses macam ni, banyak pewarna, perasa dan perisa. Allah suruh kita makan makanan yang halalan toyyiba.
Untuk memenuhi request anak2, ummi pun dengan sangat rajin menyiapkan bahan2 untuk ber’homemade sosej’.
Bahan yang ummi gunakan:
Isi ayam dalam 300g
Separuh carrot
3 sudu besar tepung ubi kayu
Lada putih (ummi guna yang biji dan kisar halus)
Lada hitam (ummi guna yang biji dan kisar halus)
1 biji putih telor
Setitis stevia
Garam bukit halagel
2 sudu kecil minyak zaitun
2 sudu kecil chia seed
Daun parsley
1 sudu kecil biji habbatussauda’
Kisarkan semua hingga halus. Masukkan dalam plastik aiskrim.
Kukus dengan api perlahan 15minit.
Ok, dah siap boleh goreng. =)
Itulah bezanya homemade, kita bebas memilih bahan2 yang berkhasiat dan terbaik untuk anak2.
Tanggungjawab memilih dan menyediakan yang terbaik bukan hanya ibubapa, tetapi juga keluarga terdekat dan juga guru2. Anak2 kita pewaris ummah. Generasi anak2 kita ini yang akan memegang tampuk pemerintahan, melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah sebenar. Tanggungjawab kita untuk menyediakan mereka sebaiknya.
Allah menyuruh kita bukan hanya memakan makanan yang halal, tetapi juga toyyiba.
Mari kita ubah!
Berbarbeque dengan homemade sosej dan homemade nugget, di samping ayam bakar, sate ayam, sate daging. Nyumm!
Mahal sikit tapi berbaloi untuk manfaat kesihatan jangka masa panjang.
Nikmat sihat itu mahal harganya.
#DariHatiSeorangIbu
#HomemadeSosej
#Cookiddos
#Resepi