Dah lama anak2 meminta Kek Epal. ?
Gara2 #bedtimestory dengan kisah seorang pemuda dan sebiji epal. ?
Kerana manisnya epal, pemuda yang kelaparan dan kehausan terpaksa memakan epal hanyut hingga terlupa untuk meminta izin.
Resepi asal daripada Alex Goh, dan telah dicuba oleh Aida Ariffin. Kemudian Ummi ubahsuaikan ikut citarasa sendiri. ?
Bahan A
————–
250g pure butter
230g 100% organic molasses sugar (lebih baik lagi gunakan orcs untuk rasa yang lebih
menyerupai gula putih)
Bahan B
————-
5 biji telur
Bahan C
————-
120ml plain yogurt
Bahan D
————-
315g tepung gandum tanpa peluntur
1/4sk soda bikarbonat
1sk baking powder
Bahan E
————-
3biji epal saiz sederhana (resepi asal epal hijau, ummi gantikan epal merah, ni yang ada ?)
50g kismis
1/2sk serbuk kayu manis
1. Masak bahan E hingga lembut. Kemudian toskan airnya.
Tunggu hingga sejuk.
2. Putar Bahan A hingga gebu, masukkan Bahan B.
Putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan C dan D berselang-seli.
4. Masukkan Bahan E dan putar sebati.
5. Masukkan dalam loyang bersaiz 9″ yang telah digris.
6. Ummi potongkan epal lagi dan tabur di atas kek bersama-sama kranberi. ?❤
7. Bakar 50minit – 1jam, suhu 175c.
Siap! ?
Hasilnya, MasyaAllah! ?
Ibu2 patut cuba! ??
#resepi
#KeranaManisnyaEpal
#KekEpal