Epal ni salah satu buah kegemaran anak-anak kan. Kalau buah lain tak makan, hulur epal mesti habis sebiji. Tapi lain pula dengan anak kedua nan seorang ni. Cuma buah tertentu sahaja yang dimakan.

.
Biasanya epal ni saya potong dadu, dimakan bersama yogurt dan madu, atau bersama rolled oat dan madu. Kalau terlebih rajin sikit terbuatlah kek epal.

.
Harini rajin banyak, menjadilah epal blondies. Tekstur ala-ala brownies, padat dan penuh rasa epal.

.
Mak-mak nak cuba? Jom tengok resepi 

Bahan kering yang dicampur bersama:

1 cawan tepung gandum
*atau gunakan tepung gluten free/tepung almond
¼ sudu kecil serbuk kayu manis ceylon
1 sudu kecil baking powder

Bahan basah:

¾ cawan gula kelapa (boleh ganti dengan madu) ½ cawan butter yang dicairkan
1 biji telur (gambar tu silap tau) ?

Bahan utama:

Sebiji epal yang dipotong dadu

Bahan tambahan:

Nak lagi sedap tambahkan 1 cawan kacang walnut. Rasa krup krap bila dimakan. Saya tak letak sebab Fateh dah pesan siap2 jangan letak kekacang, lekat kat gigi katanya. ?

Ambil sedikit tepung dari sukatan 1 cawan tadi untuk salut sekeliling epal. Ini supaya epal tak terlerai dari blondies apabila siap dibakar nanti.

Cara membuatnya,

1. Campurkan bahan kering bersama-sama.

2. Dalam bekas lain, campurkan bahan basah bersama-sama hingga sebati dan bergaul mesra.

3. Masukkan bahan cair ke dalam adunan tepung dan gaulkan sebati.

4. Masukkan epal.

Siap!

 

Masukkan adunan ke dalam loyang 6×6″ yang telah digris dengan sopan santun.

Bakar pada suhu 170oC selama 25 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Nak lebih rasa epal, boleh tambahkan lagi epal. Gabungan rasa epal dan kayu manis memang ngamm sangatlah!

Adunan ni dapat sikit je, buat minum petang dah boleh habis. Kalau rasa nak makan banyak, silakan tambah kuantiti adunan. ??
.
.

P/s: Silakan #share supaya mak-mak lain pun boleh cuba. Boleh follow fb Liza Zuriani ( https://www.facebook.com/liza.nazri.9?tn-str=*F ) untuk lebih perkongsian resepi gluten free.